Bayar RM1 boleh menginap di Hotel Seri Malaysia

Bayar RM1 boleh menginap di Hotel Seri Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hotel Seri Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menawarkan promosi bilik dengan harga RM1.00 untuk malam kedua dengan setiap pembelian bilik pada kadar RM188.00 untuk malam pertama sehingga 31 Disember ini. 

Menterinya, Datuk Sri Nancy Shukry berkata, tawaran tersebut merupakan inisiatif Hotel Seri Malaysia untuk menggalakkan percutian dalam negara dengan amalan norma baharu seiring dengan Kempen Penyemarakan Pelancongan Domestik yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini. 

“Hotel Seri Malaysia sentiasa mengutamakan kesihatan, kebersihan pengunjung serta persekitaran sebagai objektif uatma dalam operasi perhotelan dengan komited dan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 dilaksanakan dengan ketat di semua premis di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nancy berkata, pakej tersebut termasuk sarapan pagi untuk dua orang dan potongan sebanyak 20 peratus untuk jumlah keseluruhan bil makan dan minum.  

“Dengan hampir 2000 bilik penginapan di 21 lokasi strategik seluruh negara, hotel tersebut menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, WiFi, aktiviti rekreasi serta Kafe Rasa Rasa Seri Malaysia yang menampilkan konsep moden dan urban sentuhan chef selebriti,” katanya. 

Katanya lagi, promosi tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-2299777 atau emel kepada [email protected] manakala tempahan bilik boleh dibuat terus di semua cawangan hotel atau melalui [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN