Baru 22 hari dapat anak kedua - Utusan Malaysia

Baru 22 hari dapat anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi, baharu sahaja menyambut kelahiran anak kedua 14 November lalu.

Isterinya, Nor Amalina Norain, 25, melahirkan bayi lelaki secara normal pada pukul 2.05 petang di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru.

Utusan Malaysia difahamkan, bayi lelakinya itu meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di Nibong Tebal, pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau dilaporkan cedera parah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya