Bapa tikam bayi perempuan dipenjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Bapa tikam bayi perempuan dipenjara 10 tahun

MUHAMMAD Safwan Shafie dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana cuba membunuh bayi berusia 18 bulan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang pekerja kedai aksesori kereta selepas mengaku bersalah cuba membunuh bayi perempuannya yang berumur 20 bulan, minggu lalu.

Muhammad Safwan Shafie, 27, mengaku cuba membunuh bayinya dengan cara menikam perut mangsa di sebuah flat di Puchong Permai di sini pukul 4.30 petang, 12 Disember lalu.

Hakim Mokhzani Mokhtar selepas menjatuhkan hukuman itu memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari yang sama dengan kejadian.  

Dia kemudian dihantar ke Penjara Bentong, Pahang.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya