Bapa mengamuk, tikam anak umur setahun - Utusan Malaysia

Bapa mengamuk, tikam anak umur setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan terburai usus ditikam bapa kandungnya dalam kejadian di tingkat 4, Flat Puchong Permai di sini hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu mengamuk sebelum menikam anak perempuannya yang berusia 18 bulan pada pukul 3.45 petang.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya memberkas suspek yang bekerja sebagai pemasang lapisan filem sebelum merampas pisau potong roti digunakan untuk menikam mangsa.

“Pengadu juga telah menghubungi pihak ambulans untuk membawa mangsa ke hospital Serdang. Mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital yang sama,” kata sumber ketika dihubungi.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati suspek tertekan selain dipercayai berada dalam pengaruh dadah.

“Mangsa tinggal bersama suspek, nenek dan datuknya selepas ibunya dipercayai menghilangkan diri sebaik sahaja dia dilahirkan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis akan menjalankan ujian air kencing terhadap suspek,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya