Bantuan keperluan PKPD Penjara Kluang - Utusan Malaysia

Bantuan keperluan PKPD Penjara Kluang

CHEW Chong Sin (kanan) bersama barangan keperluan sumbangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol di Penjara Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol mengedarkan bekalan makanan serta peralatan perlindungan peribadi (PPE) bernilai kira-kira RM20,000 kepada Penjara Kluang di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, bantuan bagi meringankan warga dan kakitangan Penjara Kluang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Katanya, antara barangan bantuan yang diberikan ialah 4,500 telur, 100 karton air mineral, 5,000 pelitup muka, 1,000 helai PPE dan makanan kering bernilai RM1,000.

“Saya dimaklumkan oleh Pengarah Penjara Kluang, Wan Ramzan Wan Ahmad bahawa situasi semasa masih terkawal dan tiada kes baru dikesan setakat ini.

“Jadi, warga Kluang diingatkan agar tidak perlu risau dan jangan lupa sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sembang secara dekat,” katanya di sini hari ini.

Chong sin memberitahu, ini bukan kali pertama pihaknya menyampaikan bantuan sumbangan kepada golongan memerlukan sejak negara dilanda Covid-19 pada Mac lalu.

Jelasnya, pihaknya pernah memberi bantuan yang sama pada April, Julai dan September lalu. 

Tambahnya, sumbangan bantuan kali ini mendapat tajaan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan.

Pelaksanaan PKPD di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang akan bermula esok sehingga 31 Disember ini.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya