Banjir makin buruk - Utusan Malaysia

Banjir makin buruk

ANTARA rumah yang dinaiki air di Kampung Mentok, Kemaman hari ini. -UTUSAN/ Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu makin buruk dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 5,759 orang. 

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, setakat pukul 6 petang semalam, kesemua mangsa daripada 1,488 keluarga  itu ditempatkan di 43 PPS di empat daerah. 

Katanya, bilangan mangsa di Kemaman meningkat lebih 1,000 orang kepada 4,809 mangsa berbanding 3,753 orang yang direkodkan pada pukul 8 pagi. 

“Mangsa di Hulu Terengganu turut bertambah dengan jumlah terkini seramai 605 orang diikuti Dungun (334 orang) dan Setiu (11 orang). 

“Cuaca semasa di beberapa daerah masih hujan renyai-renyai dan mendung,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun Che Adam berkata, paras air di beberapa sungai utama mula mencatatkan tren penurunan. 

Banjir gelombang keempat di Terengganu bermula sejak Khamis disebabkan oleh implikasi taburan hujan yang tinggi di samping fenomena air pasang besar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya