SULAWESI SELATAN: Warga kota Parepare, Sulawesi Selatan heboh dengan kemunculan awan menyerupai gelombang tsunami.
Detik melaporkan, kemunculan awan tsunami itu membuatkan penduduk bimbang dengan bentuknya yang ‘menakutkan’.
“Ngeri lihat awannya, seperti Parepare mahu ditelan, semoga tidak berlaku apa-apa,” jelas seorang penduduk, Marni.
Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memberitahu, pembentukan fenomena awan tsunami itu adalah perkara biasa.
Jelasnya, fenomena awan Arcus itu boleh menyebabkan angin kencang, hujan lebat dan kilat.