APM selamatkan anak penyu karah terdampar di Pantai Teluk Ketapang - Utusan Malaysia

APM selamatkan anak penyu karah terdampar di Pantai Teluk Ketapang

ANAK penyu karah yang ditemukan terdampar lemah di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus diserahkan kepada Ketua Cawangan Mamalia Marin FRI Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad (dua dari kiri), hari ini.-GAMBAR Ihsan APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Anak penyu karah berusia kira-kira lima tahun ditemukan terdampar lemah di Pantai Teluk Ketapang di sini hari ini.

Reptilia yang dianggarkan seberat lima kilogram itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.15 petang.

Pegawai APM, Leftenan Muda (PA), Nurul Asjad Syuhirah Ahmad Bakhtiar berkata, setibanya di lokasi kejadian mereka cuba membawa penyu tersebut kembali pantai tetapi gagal berikutan keadaannya yang terlalu lemah.

“Penyu itu tidak mampu bergerak walaupun sudah diletakkan di pantai berkemungkinan kerana sakit dan lemah.

“Atas saranan pegawai perikanan kami kemudian membawa pulang reptilia itu ke pejabat bagi diserahkan kepada pihak Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Cawangan Mamalia Marin FRI Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad meminta orang ramai segera melaporkan kepada pihak APM atau Jabatan Perikanan jika ternampak mana-mana kejadian penyu terdampar di pantai-pantai negeri ini.

Katanya, pada musim tengkujuh banyak kes penyu terdampar dilaporkan berlaku di sepanjang pantai Terengganu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya