Apa pengakhiran politik Perak? - Utusan Malaysia

Apa pengakhiran politik Perak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Politik di Perak semakin ‘membingungkan’.

UMNO yang dilihat sekian lama ‘berseteru’ dengan DAP, tiba-tiba membuat pusingan U dengan mengatakan sedia untuk bekerjasama dengan parti tersebut.

Berikut sedutan kenyataan politik khususnya di Perak selepas kemelut peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu:

“UMNO tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak. Ini berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak menyokong pembentukan kerajaan baharu di Perak.

“Ini akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk nanti merupakan kerajaan yang lebih kukuh dokongannya. Kita akan lihat semua kemungkinan. (Termasuk kerjasama dengan PH dan DAP) semua kemungkinan, itu tertakluk kepada keputusan muktamad parti.

DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO

“PKR Perak sudah mengadakan perjumpaan dengan UMNO negeri sebanyak dua kali bagi membincangkan kemungkinan membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Sekarang segala-galanya terpulang kepada UMNO,kami sudah membuka pintu (untuk kerjasama).”

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Pengerusi PKR Perak

“DAP sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan negeri. Demi kepentingan rakyat, DAP Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membantu membina sebuah kerajaan kuat dan stabil serta pelbagai kaum.

“Saya terbuka untuk sebarang perbincangan secara konstruktif, kami bersedia.”

NGA KOR MING
Pengerusi DAP Perak

“Parti Amanah Perak mengalu-alukan kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu. Namun kerjasama itu mesti dibuat atas gabungan PH, bukan hanya dengan PKR dan Amanah sahaja.

“Satu pendirian yang berani oleh UMNO, sesuai dengan arus politik semasa di Malaysia yang menolak politik perkauman dan ekstremis agama.”

DATUK ASMUNI AWI
Pengerusi Amanah Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya