Ancaman banjir fasa kedua di Ulu Tembeling - Utusan Malaysia

Ancaman banjir fasa kedua di Ulu Tembeling

KAWASAN rendah di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut Pahang mula dinaiki air ekoran hujan lebat yang berterusan sejak Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira 2,000 penduduk di lima buah kampung di Ulu Tembeling di sini bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua berikutan  beberapa kawasan rendah di situ ditenggelami air kira-kira dua meter ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu. 

Ketua Kampung Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, lima kampung terlibat ialah Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi.

Menurutnya, hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabkan beberapa rumah kedai di kawasan rendah dinaiki air mulai tengah malam semalam.

“Ketua isi rumah dan pemimpin kampung sentiasa memantau paras air yang semakin naik kesan hujan lebat dan limpahan air dari Kampung Raja sempadan Terengganu.

“Sebanyak lapan restoran terapung yang diperbuat daripada tong dram terpaksa menghentikan operasi kerana laluan pelanggan dinaiki air, selain itu, beberapa rumah kedai atau restoran yang dibina di pinggir sungai juga telahpun ditenggelami air banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Hamdan, hujan yang berterusan membimbangkan penduduk kerana daripada pengalaman lalu, paras air akan meningkat naik pada tengah malam atau awal pagi.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari ini tiada lagi penduduk berpindah tetapi mereka sudah mengemas pakaian dan dokumen penting seperti surat beranak, geran tanah dan kad pengenalan.

Menurutnya, berikutan hujan lebat itu berlaku tanah runtuh di Kampung Komel berdekatan Kampung Bantal yang menghalang laluan masuk dan keluar ke situ.

“Bagaimanapun pihak berkenaan bertindak pantas meratakan semula kawasan runtuhan kira’ kira pukul 1 petang ini.

“Laluan sepanjang kira-kira 164 kilometer itu merupakan nadi kehidupan penduduk Ulu Tembeling untuk ke bandar Jerantut yang mengambil masa dua jam 30 minit,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya