Amaran lucut hak tanah jika tanam ketum - Utusan Malaysia

Amaran lucut hak tanah jika tanam ketum

SEORANG pemotong pokok menebang pokok ketum pada operasi menebang pokok tersebut di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis pada 30 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kerajaan Perlis memberi amaran akan melucutkan hak milik tanah bagi pemilik tanah di negeri ini yang masih terus menanam ketum di tanah yang diluluskan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, peruntukan dalam pemilikan geran baharu itu membenarkan pelucutan hak milik tersebut.

Katanya, geran-geran baharu yang diluluskan sudah memperuntukkan syarat itu dan sekiranya pemilik menyalahi undang-undang, tanah mereka boleh dirampas kembali.

AZLAN MAN

“Kerajaan negeri mempunyai pendirian yang jelas tentang isu ketum ini dan kami memang tidak mahu ia ditanam kerana memberi banyak kesan yang buruk kepada masyarakat.

“Tindakan penebangan pokok ketum yang polis lakukan sebelum ini terhad di kawasan Felda kerana mereka mempunyai peruntukkan dalam perjanjian dengan peneroka.

“Tapi geran baharu tanah dalam negeri ini yang kami luluskan memang terdapat syarat-syarat yang tidak membenarkan menanam pokok ketum dan tanah boleh dirampas kembali jika didapati menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Perlis (Pertanian) dan penanaman serentak 4,500 pokok mangga harumanis di Perlis 2020 di Pusat Internet Malaysia, Simpang Empat di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, syarat tersebut tidak melibatkan pemilik tanah geran lama yang tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara.

Pada 30 September lalu, Polis Perlis dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Galian (JTG) memulakan operasi menebang pokok ketum di kawasan Felda negeri ini yang dilaksanakan di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan di Felda Mata Ayer, Felda Rimba Emas dan Felda Chuping.-UTUSAN ONLINE

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya