Air Sungai Golok terus meningkat - Utusan Malaysia

Air Sungai Golok terus meningkat

Paras air Sungai Golok yang kini melebihi paras bahaya mula melimpah dan membanjiri Pekan Lama Rantau Panjang, Kelantan. Gambar YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG : Semakin ramai penduduk di pekan ini membuat persiapan untuk berpindah, susulan paras air Sungai Golok sudah melebihi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitar.

Setakat pukul 5 petang ini, infobanjir.water.gov.my merekodkan bacaan paras air sungai itu terus menunjukkan trend meningkat mencecah 9.63 meter, melebihi paras bahaya 9 meter.

Limpahan air Sungai Golok itu menyebabkan beberapa buah kampung di sekitar Rantau Panjang sudah ditenggelami banjir antaranya Lancang, Tersang, Kubang Chenok dan Jalan Sekolah Cina.

Turut menerima kesan limpahan air Sungai Golok kawasan Pekan Lama Rantau Panjang, Kampung Chenerai, Kampung Siram, Kampung Kubang Pak Itam dan Kampung Pohon Tanjung di Meranti, Pasir Mas.

Setakat ini dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan Kubang Kual yang menempatkan 58 mangsa daripada 12 keluarga.

Seorang penduduk Alani Isa, 33, berkata,  air mula masuk ke bahagian dapur rumahnya awal pagi ini.

Dia yang tinggal di Pekan Lama Rantau Panjang berkata, jika paras air terus meningkat malam ini, keluarganya akan segera berpindah ke PPS. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya