AIM tawar penangguhan bayaran balik  - Utusan Malaysia

AIM tawar penangguhan bayaran balik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan  penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang berdepan dengan masalah penyusutan pendapatan akibat pandemik Covid-19 bermula awal tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, peminjam yang berdepan dengan  masalah kewangan juga boleh membuat permohonan lanjutan moratorium bersasar itu.

“AIM menyedari keperitan yang dialami peminjam lebih- lebih lagi dalam tempoh yang sukar ini. Maka, kami menyediakan permohonan lanjutan moratorium bersasar kepada mereka.Peminjam boleh memohon lanjutan moratorium untuk tiga minggu.

“Sekiranya masih tidak dapat membuat pembayaran, lanjutkan tambahan tiga minggu dan seterusnya sehingga setahun ditawarkan.Mereka yang memerlukan lanjutan moratorium boleh membuat permohonan di cawangan berhampiran bermula awal tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Lajim berkata, permohonan peminjam  akan diteliti sebagai tapisan kepada mereka yang benar-benar layak untuk memohon lanjutan moratorium bersasar itu.

“AIM sebelum ini mengumumkan lanjutan pembayaran moratorium yang memberi manfaat kepada 262,000 peminjam di seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 hingga 6 Disember lalu.

” Keputusan moratorium ini membabitkan penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164 juta,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya