Ahmad Zahid, Saarani menghadap Sultan Perak  - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid, Saarani menghadap Sultan Perak 

KENDERAAN dinaiki Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta untuk Presiden UMNO itu menghadap Sultan Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berikutan kemelut politik negeri ini.

Ahmad Zahid tiba dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire pada pukul 9.50 pagi.

Beberapa minit kemudian, kereta dinaiki Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad juga dilihat memasuki Istana Kinta.

Difahamkan, kehadiran Ahmad Zahid untuk kali kedua bagi menyembah maklum kepada Sultan Nazrin nama calon Menteri Besar daripada UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN