Ahmad Fauzi dilantik Naib Canselor UTM yang baharu - Utusan Malaysia

Ahmad Fauzi dilantik Naib Canselor UTM yang baharu

AHMAD FAUZI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail dilantik
sebagai Naib Canselor universiti itu yang baharu berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pelantikan beliau itu selama tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2023.

Menurut beliau, Ahmad Fauzi, 54, berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dan Sarjana Kejuruteraan Kimia dari UTM dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Proses dari University of Strathclyde, Scotland, United Kingdom (UK)

Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sejak tahun 2015 dan mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pembangunan teknologi membran.

“Beliau juga adalah Editor jurnal Desalination, The International Journal on the Science and Technology of Desalting and Water Purification, terbitan Elsevier UK dan merupakan saintis Asia pertama dilantik sebagai Editor sejak pelancaran jurnal tersebut 50 tahun yang lalu.

“Sehingga kini, beliau telah menerbitkan lebih 900 jurnal berwasit, lapan buku karya asli, 66 bab dalam buku dan telah menyunting 10 buah buku selain terlibat dalam penghasilan lebih 30 buah paten,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini berkata, beliau percaya dengan pelantikan itu, Ahmad Fauzi dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan beliau dalam mengekalkan kegemilangan UTM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan terbaik negara.

UTM sebelum ini di bawah kepemimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Wahid Omar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya