Ahmad Faizal tak akan ke Kabinet - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal tak akan ke Kabinet

AHMAD Faizal pada program Kempen Hijaukan Bumi Kita di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan khabar angin beliau ditawarkan jawatan di peringkat Pusat selepas meletak jawatan menteri besar.

Menurutnya, beliau selesa dengan kehidupannya sebagai wakil rakyat biasa.

“Tidak, saya nafikan berita kononnya bakal ditawarkan jawatan lain pada peringkat kerajaan Pusat. Saya okey sahaja jadi wakil rakyat biasa. Apa yang ada pun dah cukup buat saya.

“Sekarang saya rasa lebih relaks dan tenang setelah melepaskan jawatan menteri besar. Saya mahu menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Tambun dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Chenderiang. Saya pun dah serah kenderaan rasmi, sekarang saya pandu kereta sendiri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengiringi isterinya, Datin Nomee Ashikin Mohammed Radzi yang juga Pengerusi Perak Food Bank pada Kempen Hijaukan Bumi Kita, Selamatkan Generasi Akan Datang di Padang Housing Trust di sini hari ini.

Ditanya mengenai lantikan ADUN Bersatu sebagai exco kerajaan Perak, kata Ahmad Faizal, beberapa nama telah pun dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk diperkenankan.

Ahmad Faizal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak pada Sabtu lalu selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya