Ahli perniagaan disiasat rasuah polis - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan disiasat rasuah polis

AHLI perniagaan didakwa merasuah pegawai polis dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru. -UTUSAN/Baazlan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli perniagaan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes merasuah pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden dengan wang tunai RM45,000 .

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memberitahu, perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Hidayah Abdul Manaf di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 10.30 malam semalam.

“Dia ditahan kerana cuba merasuah seorang pegawai polis bertujuan untuk melepaskan 66 rakannya yang ditahan polis dalam operasi di sebuah Kelab Malam di kawasan Ulu Tiram, baru-baru ini.

“Suspek juga melakukan perbuatan itu supaya pihak berkuasa tidak bertindak melakukan ujian saringan awal air kencing dan kesalahan dibawah Perkara 10 Akta Pencegahan dan  Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu sidang akhbar hari ini memuji tindakan pegawainya yang bertindak menolak cubaan rasuah sebanyak RM45,000 itu.

Beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara kepada pegawai yang terlibat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya