Agong ucap takziah   - Utusan Malaysia

Agong ucap takziah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah, yang meninggal dunia petang tadi.

Seri Paduka Baginda berdua dalam satu ucapan di Facebook Istana Negara  menzahirkan rasa sedih atas pemergian balu kepada bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu.

Dalam ucapan tersebut,  Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata ucapan terbabit.

Allahyarhamah, yang juga bonda kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Princecourt di sini.

Yang di-Pertuan Agong juga berkesempatan mencemar duli berangkat menziarahi Allahyarhamah di hospital tersebut, semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya