Agensi berkaitan bekal, import daging akan dipanggil

Agensi berkaitan bekal, import daging akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan memanggil agensi berkaitan pembekalan dan pengimportan daging ke negara ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status halal.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, langkah itu dalam masa sama membolehkan pihaknya mendapatkan fakta lebih tepat, wajar dan berkepentingan kepada kesejahteraan rakyat.

“Kita memandang serius isu kartel daging import haram yang berlaku di negara ini dan ia perlu diselesaikan secara tuntas oleh pihak berwajib apatah lagi membabitkan soal maruah umat Islam.

“Saya bersama semua Senator berpandangan isu ini hendaklah disiasat secara mendalam dan mengalu-alukan penubuhan pasukan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator turut menggesa kerajaan mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah termasuk yang diragui status halal dan kualiti di pasaran dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerajaan perlu mengenal pasti segera dalang yang bertanggungjawab menguruskan import daging sejuk beku yang diragui status halalnya itu sekali gus membongkar persoalan adakah wujud monopoli kilang pemprosesan di luar negara dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya