‘Ada tidak keruan makan najis sendiri’ - Utusan Malaysia

‘Ada tidak keruan makan najis sendiri’

Ahmad Marzuk Shaary (tengah) menyampaikan sumbangan RM50,000 daripada Tabung Musaadah COVID-19 Jakim-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) kepada Ras Adiba Mohd Radzi di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan diminta memberi kelonggaran kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dapat hadir seperti biasa ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Rayuan itu disuarakan Presiden OKU Sentral, Senator Ras Adiba Radzi sambil mendedahkan ada kalangan mereka tidak terurus kerana terpaksa tinggal di rumah tanpa bimbingan khas.

“Saya turut diberitahu ada juga menjadi tidak keruan sehingga makan najis sendiri selain tidak boleh dikawal ibu bapa di rumah yang mungkin tidak mahir mengurus dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian RM50,000 daripada Tabung Musa’adah Covid-19 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary serta turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Mengulas lanjut, Ras Adiba berkata, ketika peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai golongan OKU mengadu mereka berasa dilupakan dan jauh tersisih.

“Namun, selepas itu Alhamdulillah saya bersyukur ada pelbagai pihak datang membantu, tetapi berharap supaya kerajaan dapat mempertimbangkan semula PDK untuk dibuka,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak OKU tidak seperti murid normal kerana mereka memerlukan bimbingan istimewa daripada pendidik terlatih yang memang faham kaedah pengendaliannya.

Penutupan begitu lama PDK di seluruh negara ujar Ras Adiba, memberi kesan besar kepada kanak-kanak OKU terutama jenis hiperaktif dan pihaknya turut sedih dengan apa berlaku.

“Kita menerima laporan, ada yang mengalami tekanan jiwa, mungkin bosan berada di rumah dan OKU Sentral turut datang bantu beri sokongan moral kerana mereka amat memerlukan khidmat PDK,” tegasnya.

Justeru beliau amat berharap PDK yang dikawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membuka kembali operasi demi proses pembelajaran berterusan untuk kanak-kanak OKU.

Pada masa sama, RadsAdiba turut menyambut baik jaminan Ahmad Marzuk untuk menambah lagi bilangan kakitangan dalam kalangan OKU di Jakim dan kesemua agensi di bawahnya

Ia ujar beliau, sejajar dengan matlamat jangka panjang kerajaan untuk memastikan OKU mengisi sekurang-kurang satu peratus perjawatan bersesuaian dalam sektor perkhidmatan awam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya