96 mangsa banjir Terengganu - Utusan Malaysia

96 mangsa banjir Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu terus mencatatkan trend penurunan dengan seramai 96 orang direkodkan setakat pukul 10 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, keadaan cuaca cerah sejak tiga hari lalu membolehkan lebih ramai penduduk terjejas pulang ke rumah masing-masing dan hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi hingga kini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 61 penduduk ditempatkan di dua PPS di Setiu manakala baki 35 orang lagi di Marang.

“Cuaca semasa dalam keadaan baik dan paras air di sungai-sungai utama turut mencatatkan trend penurunan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya