PUTRAJAYA: Sembilan kes kematian direkodkan akibat Covid-19 dengan tiga kluster baharu dikesan membabitkan tempat kerja di Sabah, Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.
Selain itu, sebanyak 1,937 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 82,246 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,751 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 823 kes diikuti Sabah sebanyak 429 kes dan Kuala Lumpur, 238 kes.
“Sehingga kini, terdapat 121 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE