81 ekor babi hutan ditangkap di Putrajaya tahun ini - Utusan Malaysia

81 ekor babi hutan ditangkap di Putrajaya tahun ini

BABI hutan tersesat di kompleks beli-belah Alamanda, Putrajaya, semalam.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Warga Putrajaya diminta tidak perlu berasa bimbang dengan isu gangguan babi hutan kerana Perbadanan Putrajaya (PPj) sentiasa melakukan operasi banteras haiwan itu.

Jurucakap agensi berkenaan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, sepanjang tahun ini sahaja sebanyak 29 operasi khas berjaya dilakukan oleh pasukan Seksyen Hidupan Liar PPj.

“Sejumlah 81 ekor babi hutan berjaya ditangkap dan kemudian dilupuskan namun usaha tetap dijalankan seperti biasa termasuk jika ada aduan kes daripada penduduk sendiri,” katanya.

Beliau merujuk insiden pencerobohan seekor babi hutan dipercayai sesat memasuki sebuah kedai di dalam pusat beli-belah Alamanda di Presint 1 sebelum diusir pihak bomba kelmarin.

Susulan peristiwa tidak dijangka itu, PPj dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam melakukan siasatan terperinci di lokasi tersebut.

Haiwan liar itu yang dilindungi di bawah undang-undang, dikenal pasti berasal dari kawasan hutan berhampiran tasik di Presint 16 dan mungkin terpisah agak jauh daripada kumpulannya.

Pada hari yang sama, pengguna media sosial gempar apabila tular berita yang memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi terlanggar seekor babi hutan melintas di laluan dekat Presint 15.

Malah, ramai netizen terkejut kerana kenderaan berkenaan hanya rosak kemek sedikit di bahagian kiri hadapan bamper manakala binatang tersebut pula terbunuh di tempat kejadian.

Babi liar dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dengan ada dua jenis spesies itu wujud di negara ini iaitu babi hutan atau Sus Scrofa dan babi bodoh atau Sus barbatus.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan bahawa pada tahun lepas sahaja, jumlah babi hutan yang berjaya dihapuskan pihak PPj adalah lebih kurang hampir sama dengan tahun ini.

Ancaman haiwan ini banyak melibatkan aduan diterima penduduk di Presint 11 dan Presint 15 selain kawasan rekreasi di Taman Rimba Alam, Presint 15 dan Pusat Rekreasi Air, Presint 13.

Sementara ancaman kera pula banyak dikesan di Presint 8, Presint 11, Presint 14 dan Presint 18 termasuk aduan pencerobohan di kuarters penjawat awam dan merosakkan harta benda. -DONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya