66 laporan palsu jenayah samun, curi, culik - Utusan Malaysia

66 laporan palsu jenayah samun, curi, culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menerima 66 laporan palsu sejak awal tahun ini sehingga 6 Disember lalu berkaitan kes jenayah samun, curi dan culik di lima daerah negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, laporan palsu itu dibuat melibatkan pengadu terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing.

Menurutnya, kes samun mencatatkan laporan palsu tertinggi iaitu 64 kes berbanding kecurian dan kejadian culik masing-masing merekodkan sebanyak satu kes.

“Pada peringkat awal, JSJ Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan ke atas semua laporan yang dibuat pengadu terbabit, namun selepas siasatan lanjut dijalankan mendapati semua laporan itu palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rahimi, siasatan juga mendapati kebanyakan laporan palsu itu dibuat bertujuan mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akibat kehilangan kad pengenalan.

Jelasnya, sebanyak 47 laporan polis diterima berkaitan kes kehilangan kad pengenalan itu berbanding lima laporan salah guna wang dan dua laporan mengelak membayar hutang.

“Selain itu, ada juga laporan palsu dibuat pengadu atas sebab mahu memonteng kerja, membuat tuntutan insurans, mahu majikan membayar gaji dan mahu pihak polis melakukan tangkapan.

“Sehingga kini, seramai 53 individu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membuat laporan palsu,” katanya.

Tambahnya, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dikenakan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya