6,238 pekerja asing selesai disaring  - Utusan Malaysia

6,238 pekerja asing selesai disaring 

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 6,238 daripada 135,490 pekerja asing yang berdaftar di pelbagai sektor di negeri ini selesai menjalani ujian saringan Covid-19 setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu membabitkan 3,000 pekerja di asrama Batu Maung; 2,900 (Bukit Jambul); ,200  (Bukit Minyak) manakala 138 lagi di tapak pembinaan Queens Waterfront di Bayan Lepas.

Menurut beliau, ujian saringan Covid-19 itu setakat ini menunjukkan keputusan negatif dan dilaksanakan pihak majikan pekerja masing-masing bermula 1 Disember lalu.

“Ujian ini akan dijalankan secara berperingkat dan kerajaan negeri akan memantau prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dengan ujian saringan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan Queens Waterfront di Bayan Lepas, di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Disember, majikan perlu melakukan saringan Covid-19 terhadap pekerja warga asing yang dikenal pasti oleh Kementerian Sumber Manusia.

Katanya sebagai permulaan, ujian itu tertumpu kepada kawasan berisiko tinggi di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang.

Menurut Jagdeep, pihaknya tidak dapat menentukan bila ujian Covid-19 terhadap kesemua135,490 pekerja asing itu dapat diselesaikan kerana jumlah mereka terlalu ramai.

“Pada April lalu, kerajaan negeri telah mewajibkan ujian saringan Covid-19 terhadap lebih 15,000 pekerja asing di tapak pembinaan dan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Tambahnya, beliau juga bimbang sama ada kapasiti klinik dan hospital sedia ada di negeri ini mencukupi untuk menampung ujian saringan Covid-19 bagi 135,490 pekerja asing berkenaan.

“Ini kerana menurut Jabatan Kesihatan negeri setakat ini hanya 35 fasiliti diikenal pasti sebagai klinik dan hospital bagi jalani ujian tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga berharap keseluruhan kos saringan bagi pekerja warga asing itu ditanggung sepenuhnya atau diberi bantuan subsidi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya