606 kompaun langgar SOP di Selangor - Utusan Malaysia

606 kompaun langgar SOP di Selangor

MUHAMMAD YAZID MUHAMMAD YEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor mengeluarkan 606 kompaun terhadap orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 3 Disember lalu sehingga semalam.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, daripada jumlah tersebut, 426 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak melakukan penjarakan fizikal.

“Bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka, sebanyak 148 kompaun dikeluarkan, diikuti gagal mendaftar di aplikasi MySejahtera (23 kompaun) dan lain-lain kesalahan langgar SOP (sembilan kompaun).

“Berdasarkan jumlah ini, kita menasihatkan rakyat Selangor untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Muhammad Yazid berkata, sebanyak 37,269 pemeriksaan telah dilakukan oleh polis bersama beberapa agensi kerajaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya