KUALA LUMPUR: Sebanyak 60, 583 tahanan telah menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut 829 tahanan didapati positif Covid-19 manakala 1,355 tahanan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) positif wabak berkenaan.
Katanya, DTI Bukit Jalil mencatatkan jumlah tahanan yang paling ramai dijangkiti Covid-19 setakat ini iaitu 650 orang.
“Statistik juga menunjukkan 481 tahanan di DTI Langkap di jangkiti Covid-19. Bagi DTI Semenyih dan KLIA pula masing-maisng mencatatkan angka 127 dan 77 orang.
“Baki 20 orang lagi dicatatkan di DTI Belantik, Macap Umboo, Juru dan Lenggeng,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. Lee Boon Chye (Gopeng -PH) yang mengemukakan soalan berkaitan bilangan pesakit Covid-19 dari penajra serta DTI. – UTUSAN ONLINE