Polis Johor keluarkan 9 saman nombor pendaftaran 'fancy' - Utusan Malaysia

Polis Johor keluarkan 9 saman nombor pendaftaran ‘fancy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU : Sebanyak 28 saman telah dikeluarkan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dalam Operasi Lampu Merah dan Nombor Pendaftaran Fancy yang bermula kelmarin hingga semalam. 

Menurut kenyataan Polis Daerah Johor Bahru Selatan, pecahan saman itu melibatkan 19 kes yang dikeluarkan adalah bagi kesalahan melanggar lampu isyarat manakala selebihnya bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Operasi yang dijalankan itu bertujuan mengesan pengguna jalan raya meliputi kenderaan persendirian dan perdagangan serta pengguna e-hailing yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas. 

“Penekanan dalam operasi ini terutamanya bagi kesalahan melanggar lampu isyarat di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 manakala kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu, kedua-dua operasi itu yang diadakan sejak kelmarin dan akan diteruskan secara berterusan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu lagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya