491 individu ditahan ingkar SOP  - Utusan Malaysia

491 individu ditahan ingkar SOP 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 491 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dengan 437 daripadanya dikenakan kompaun manakala 54 lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan itu ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (294), tidak memakai pelitup muka (70), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran  pelanggan (70),  rentas daerah atau negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (23) dan lain-lain kesalahan (34). 

Menurut beliau, sebanyak 2,625 Pasukan Task Force Operasi  Pematuhan terdiri daripada  13,844 anggota melakukan 51,245 pemeriksaan bagi  memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh  negara.

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta  mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng juga berjaya menahan 116 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta  merampas sebuah bot atau kapal dan sebuah kenderaan darat dalam operasi  yang diadakan di seluruh negara.  

Beliau meminta orang ramai untuk menghubungi hotline National  Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan  maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan. 

Berhubung  kuarantin wajib, kata beliau, mulai 24 Julai lalu, seramai 81,513 individu  pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. 

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 11,324 individu sedang  menjalani kuarantin wajib di 78 hotel dan 17 premis lain. 

“Seramai 509 individu pula dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 69,680 individu dibenarkan pulang ke rumah.

“Semalam, seramai 869 individu tiba di semua pintu masuk  antarabangsa negara dan kesemuanya dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, bagi memutuskan rantaian Covid-19, kerajaan turut  menggiatkan Operasi Sanitasi Awam di bawah kawal selia  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  

Sejak 30 Mac lalu, katanya, sebanyak 12,254 operasi sanitasi merangkumi 137 zon dilaksanakan.

“Semalam, sebanyak 36 operasi sanitasi dilaksanakan di  12 negeri melibatkan 219 anggota Jabatan Bomba  dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 182 anggota pihak  berkuasa tempatan (PBT) serta 42 jentera JBPM,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya