44 ditahan, gaduh berebut pelanggan - Utusan Malaysia

44 ditahan, gaduh berebut pelanggan

KEJADIAN kira-kira pukul 7 malam itu, sebanyak 42 individu ditahan sebelum dua lagi menyerah diri awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 44 individu termasuk tiga wanita ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, pada mulanya sebanyak 42 individu ditahan sebelum dua lagi menyerah diri awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan isu kaum sebaliknya ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain.

Kata Zainal, kesemua mereka yang ditahan terdiri pemilik kedai, pekerja dan orang awam yang berumur dalam lingkungan 20 tahun hingga 35 tahun.

“Tahanan reman ke atas tangkapan dibenarkan selama tiga hari mulai hari ini hingga 7 Disember ini bagi tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan [Akta 574].

“Pihak PDRM mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya