Sebanyak 42 peratus koperasi alami masalah kecairan tunai 

42 peratus koperasi alami masalah kecairan tunai 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 42 peratus koperasi mengalami masalah kecairan tunai berikutan kekurangan modal pusingan terutama dalam sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, prestasi operasi perniagaan koperasi  juga kini merosot 32 peratus selepas penularan Covid-19. 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

“Ini menyebabkan penguncupan pendapatan hingga 33.9 peratus.

“Malah kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya 39 peratus koperasi masih beroperasi manakala 17 peratus perniagaan koperasi telah terhenti,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai jumlah sumbangan sektor koperasi dalam negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, menerusi Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi,  sektor koperasi berupaya kekal menjana pendapatan termasuk memudahkan permohonan pembiayaan tanpa cagaran di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya