412 individu lagi ditahan ingkar SOP - Utusan Malaysia

412 individu lagi ditahan ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 412 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) dengan tangkapan tertinggi melibatkan 135 kes penjarakan fizikal selain 113 terlibat dalam aktiviti pusat hiburan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan lain yang dikenal pasti ialah tidak memakai pelitup muka (64), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas  daerah atau negeri PKPB tanpa kebenaran (27) dan lain-lain kesalahan (14).

Beliau berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 56,090 pemeriksaan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Sebanyak 2,932 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,243 anggota membuat  pemantauan di 5,126 pasar raya, 4,644 restoran serta 1,241 penjaja, 1,276 kilang, 3,313 bank dan 571 pejabat kerajaan. 

“Juga dipantau, sebanyak 1,424 terminal pengangkutan  darat, 228 terminal pengangkutan air serta 98 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Operasi Benteng juga berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), 11  tekong serta merampas sebuah bot atau kapal dan dua kenderaan darat selain melakukan  sebanyak 296 sekatan jalan  raya (SJR). 

Katanya, kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba  memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus  mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 24 Julai lalu, seramai 81,240 individu pulang ke tanah  air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua ditempatkan di 75 hotel dan 17 premis lain.

Daripada jumlah itu, seramai  11,682 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 509 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala seramai 69,049 individu dibenarkan pulang.  

“Operasi Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan  Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu melakukan 12,218 operasi sanitasi  merangkumi 137 zon. 

“Semalam, sebanyak 41 operasi sanitasi meliputi 10 zon merah, lima zon jingga, 11 Zon Kuning dan dua zon hijau melibatkan 11 negeri,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya