31 individu terima darjah, bintang kebesaran Selangor - Utusan Malaysia

31 individu terima darjah, bintang kebesaran Selangor

SERAMAI 31 individu terpilih menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 31 individu daripada 1,096 pencalonan terpilih menerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat ini.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya berkata, seramai dua individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datin Paduka Seri’ bagi wanita.

Menurut beliau, Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) pula, dua individu dipilih dan akan membawa gelaran ‘Datuk Setia’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Setia’ bagi wanita.

“Seramai 27 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) dan Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S). Kedua-dua darjah kebesaran itu akan membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.

“Sementara itu, seramai 147 individu pula menerima darjah dan bintang kebesaran lain-lain. Semua penerima telah melepasi tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya