250,000 permohonan rekalibrasi Imigresen - Utusan Malaysia

250,000 permohonan rekalibrasi Imigresen

KETUA Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud pada sidang akbar mengenai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di Jabatan Imigresen Putrajaya, di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 250,000 permohonan dijangka diperoleh melalui Pelan Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Pelan Rekalibrasi Pulang. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, sebelum ini, pelan terbabit sudah bermula sejak 16 November lalu dengan majikan yang berminat perlu menghantar permohonan melalui emel pelan terbabit. 

Bagaimanapun, katanya, dengan pelancaran dua pelan terbabit melalui portal imigresen sejak Rabu lalu, ia memudahkan permohonan sekali gus majikan boleh membuat permohonan secara serentak Pelan terbabit yang mendapat kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK). 

“Dua pelan terbabit sudah dimulakan dan akan berakhir Jun tahun depan maka kita sasarkan 200,000 hingga 250,000 permohonan. 

“Berdasarkan rekod melalui permohonan melalui emel, sebanyak 478 majikan membabitkan 1,980 pendatang asing tanpa izin (PATI) sedang diproses. 

“Semua permohonan bagi dua pelan terbabit mempunyai syarat  membabitkan PATI dan majikan maka apabila ia diluluskan, pihak Imigresen dan JTK akan membantu menguruskan urusan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini. 

Indera Khairul berkata, buat masa ini, seramai 12,400 PATI dengan mereka yang paling dari Myamnar, Bangladesh, India, Pakistan dan Indonesia. 

“Jumlah terbabit merangkumi di semua 14 depot tahanan imigresen. Malah 14 wakil kedutaan yang turut bersama dalam mesyuarat turut menyokong dua pelan terbabit,” katanya. 

Beliau berkata, pelan terbabit akan dilaksanakan oleh Imigresen dan JTK sahaja. 

“Kita tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk melaksanakan dua pelan terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya