22,601 perokok berdaftar mQuits Services bantu berhenti merokok - Utusan Malaysia

22,601 perokok berdaftar mQuits Services bantu berhenti merokok

NOOR Azmi Ghazali (tiga dari kanan) berbual bersama rakan kongsi yang menyertai mQuit Services selepas menyaksikan Majlis menandatangani MoU Memorandum Persefahaman pelanjutan perkhidmatan rawatan berhenti merokok Fasa 3 di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan meneruskan perkhidmatan rawatan berhenti merokok atau mQuit Services untuk lima tahun lagi sehingga 2025 selepas melihat kejayaan program itu sejak diperkenalkan pada 2015.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, fasa ketiga mQuit Services kali ini membabitkan kerjasama 13 rakan kongsi masing-masing terdiri daripada syarikat farmasi, universiti awam, hospital swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, program itu dilihat berjaya apabila jumlah perokok yang mendaftar untuk berhenti merokok meningkat setiap tahun.

“Mengikut data diterima, jumlah perokok yang mendaftar didapati meningkat daripada 10,240 pada tahun 2017 kepada 20,032 (2018) dan 22,601 (2019).

“Daripada jumlah yang berdaftar itu, 35 peratus daripada perokok berjaya berhenti merokok dan ia satu kejayaan yang sangat memberangsangkan,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelanjutan mQuit Services Fasa 3, di sini hari ini.

Noor Azmi mengingatkan semua supaya tidak memulakan tabiat merokok kerana sangat sukar untuk berhenti kerana rokok itu ada elemen ketagihan.

Beliau berkata, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa perokok yang dijangkiti wabak Covid-19 berisiko lebih 14 kali untuk dijangkiti radang paru-paru.

“Sepanjang pandemik ini juga, saya dapati kebanyakan mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 kebanyakannya adalah perokok dan mereka yang memiliki banyak penyakit,” katanya.

Katanya, bagi fasa ketiga ini, kementerian akan memperkukuhkan lagi aspek pendidikan khsususnya mendidik rakyat supaya berhenti merokok.

Selain itu, Noor Azmi berkata, beliau menyasarkan kira-kira 200 lagi fasiliti swasta bagi menyediakan perkhidmatan rawatan berhenti merokok sepanjang fasa tiga program ini.

“Buat masa ini, sebanyak 198 buah fasiliti swasta berdaftar dengan mQuit Services di seluruh negara,” katanya.

Katanya, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu sehingga 8 Disember lalu, seramai 4,210 perokok berdaftar dengan mQuit Services.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan berhenti merokok boleh terus berdaftar dan mendapatkan khidmat nasihat secara atas talian menerusi laman sesawang jomquit.com. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya