KUALA LUMPUR: Jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat mendadak dengan 2,234 kes dicatatkan hari ini.
Kes baharu itu mencatatkan jumlah jangkitan paling tinggi setakat ini, sebelumnya sekitar 1,000 kes sahaja.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu itu melonjakkan jumlah kes keseluruhan kepada 78,499 kes.
Menurutnya, sembuh baharu hari ini dilaporkan sebanyak 1,112 kes dengan tiga jumlah kematian. – UTUSAN ONLINE