21 kertas siasatan kes majikan abai perumahan pekerja asing - Utusan Malaysia

21 kertas siasatan kes majikan abai perumahan pekerja asing

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun sudah lebih tiga bulan dilaksanakan, masih ada lagi majikan yang degil enggan patuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Ia terbukti apabila sebanyak 21 kertas siasatan telah pun dibuka oleh pihak Kementerian Sumber Manusia hasil pemeriksaan rapi yang giat dilakukan di seluruh negara ketika ini.

“Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap majikan jika dikesan gagal menyediakan fasiliti perumahan seperti ditetapkan peraturan akta ini,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu menyatakan demikian pada sidang akhbar berhubung isu Perintah Kawalan Pergerakan di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur dekat sini hari ini.

Undang-undang yang dikenali sebagai Akta 446 itu sudah bermula 1 September lalu dan semua majikan perlu memohon perakuan penginapan untuk rekod kediaman pekerja mereka.

Pelaksanaan akta itu juga secara tidak langsung menangani isu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja secara haram selain aktiviti buruh paksa dan pemerdagangan manusia.

“Kerajaan berusaha sedaya upaya urus ancaman gelombang ketiga Covid-19 yang berpunca daripada pekerja asing di kilang, tapak binaan dan pusat tahanan,” tegas Ismail Sabri.

Namun, sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu, kerajaan ujar beliau, bersetuju melaksanakan ujian saringan wajib terhadap pekerja di beberapa negeri berisiko tinggi.

Pada masa sama tambah beliau, prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat tahanan yang menempatkan PATI akan ditambah baik untuk kekang jangkitan daripada berleluasa.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan 27 PATI dan seorang tekong berjaya ditahan semalam menerusi Op Benteng yang diadakan di seluruh negara hasil 290 sekatan jalan raya.

“Sejumlah dua daripada 23 tapak pembinaan diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga dikesan tidak patuh SOP dan diberi amaran keras,” jelas beliau.

Menyentuh isu kuarantin wajib, 574 individu pulang ke tanah air semalam di semua pintu masuk antarabangsa telah dikuarantin dan menjadikan jumlah keseluruhan 79,645 individu.

Daripada angka itu, 502 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 68,131 individu dibenarkan pulang ke rumah selepas habis kuarantin di 96 stesen ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya