2,062 kes positif, 8 kluster baharu - Utusan Malaysia

2,062 kes positif, 8 kluster baharu

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selangor masih mencatatkan jumlah harian Covid-19 tertinggi iaitu 1,014 kes sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan 2,062 kes hari ini.

Daripada jumlah yang direkodkan Selangor, sebanyak 887 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Jumlah harian kes juga menunjukkan Kuala Lumpur menjadi negeri kedua dengan mencatatkan sebanyak 504 kes diikuti Sabah sebanyak 252 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 111 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan dan satu kematian.

“Selain itu, kita merekodkan lapa kluster baharu di mana empat kluster membabitkan kluster tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya