20 mangsa banjir kilat berpindah - Utusan Malaysia

20 mangsa banjir kilat berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seramai 20 mangsa daripada tujuh buah keluarga dari daerah Kuala Muda dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah terbabit ekoran kejadian banjir kilat petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, sebanyak lima kawasan membabitkan Mukim Sungai Petani yang terjejas akibat banjir kilat semalam.

“Lima kawasan yang terjejas adalah kawasan belakang Sekolah  Rendah Jenis Kebangsaan SRJK(C) Min Terk, Kampung Haji Wahab, Taman  Sutera Idaman, Kampung Bukit Belah dan Taman Kenari Jaya.

“Bagaimanapun, setakat ini hanya satu PPS iaitu di Dewan Komuniti KOSPEN Kampung Bukit Belah dibuka pada pukul 6.30  petang semalam.

“Terdapat 20 orang mangsa yang telah ditempatkan di PPS terbabit melibatkan 10 lelaki dewasa, lapan wanita dewasa, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, APM masih membuat pemantauan dan cuaca ketika ini dalam keadaan cerah  manakala paras air banjir bertahan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya