15 kontena gandum dirampas  - Utusan Malaysia

15 kontena gandum dirampas 

BIJI gandum yang dirampas Maqis Pulau Pinang selepas dikesan cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa syarat sah menerusi Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menyita sebanyak 15 kontena mengandungi biji gandum dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, produk itu dirampas dalam operasi kira-kira pukul 2.20  petang selepas kontena dari India berkenaan didapati cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat permit import yang sah.

“Sebanyak 15 kontena muatan biji gandum seberat 340,625 kilogram yang dianggarkan bernilai RM374,444.32 itu disita bagi siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya