15 ADUN UMNO tandatangan SD sokong Saarani MB - Utusan Malaysia

15 ADUN UMNO tandatangan SD sokong Saarani MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin hari ini.

Menurut Zainol Fadzi, teka-teka mengenai calon Menteri Besar bukanlah satu rahsia kerana sejak usul undi percaya dikemukakan, beberapa ADUN telah menandatangani SD tersebut dalam perjumpaan awal.

“Teka-teki Menteri Besar? Apa pula teka-teki, semua ADUN UMNO sudah diminta tandatangani SD di mana Datuk Saarani sebagai Menteri Besar baharu. 

“Ini bukan lagi rahsia, malah dua ke tiga hari lepas ada perjumpaan dan 15 ADUN terawal telah jumpa untuk tandatangan SD,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Zainol Fadzi berkata, meskipun Ahmad Faizal mengetahui ada gerakan daripada ADUN UMNO yang menghubungi beberapa ADUN Bersatu dan Bebas bagi menolak usul undi percaya ke atasnya, namun tiada sebarang tindakan susulan diambil beliau.

Beliau memberitahu, Menteri Besar menyerahkan kepada rakyat untuk menilai berbanding menghubungi ADUN lain untuk menyokong usul ke atasnya.

“Beliau tidak mahu menyusahkan rakyat. Kalau ambil tindakan, kita pun pergi melobi tetapi kita tidak ambil tindakan sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan undi percaya itu dan menganggapnya sebagai pengkhianatan.

Katanya, adalah amat pelik apabila pihak yang mengusulkan undi percaya bertindak sebaliknya iaitu bertentangan dengan usul yang dibuat.

“Peringkat awal kita menjangkakan mungkin  PKR dan Amanah menolak undi percaya ini tetapi yang bangun kali ini adalah ADUN DAP. 

“Walaupun hujah mereka (BN) bukan bersekongkol dengan DAP,  tetapi siapa yang menyokong dengan menolak usul ini di dalam DUN Perak? Mahu nafikan macam mana, biar rakyat tengok,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya