13 hotel ditutup kesan pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

13 hotel ditutup kesan pandemik Covid-19

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penutupan pintu sempadan Malaysia-Singapura akibat pandemik Covid-19 menyebabkan 13 hotel di Johor ditutup.

Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, purata penginapan juga menyaksikan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu.

“Kita semua sedia maklum sektor pelancongan adalah antara sektor yang paling terkesan akibat penularan Covid-19.

“Selain penurunan kadar purata penginapan dan hotel ditutup, pemandu-pemandu pelancong hilang punca pendapatan, penurunan jumlah pelawat di taman-taman tema dan pusat membeli-belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zulkurnain Kamisan (BN-Sri Medan) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Menurut Onn Hafiz, pihaknya sedar terhadap kepentingan pembukaan sempadan Johor dan Singapura terutamanya untuk sektor pelancongan.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad telah membawa perkara berkenaan kepada kerajaan Pusat termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Onn Hafiz berkata, pihak kerajaan negeri pada mulanya teruja dengan pengumuman gelembung perjalanan antara Hong Kong dan Singapura dengan harapan agar diaplikasikan untuk Johor pula.

“Namun pada 21 November, sehari sebelum perlaksaannya, kerajaan Singapura mengumumkan pembatalan gelembung perjalanan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya