YSIJ terima sumbangan 15,000 minyak masak - Utusan Malaysia

YSIJ terima sumbangan 15,000 minyak masak

WAKIL Palmtop Vegeoil Products Sdn. Bhd., Datuk R. Sukumaran (tengah) bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Avinderjit Singh Harjit (kiri) dan Mejar Cina, David Wong Khoong Soon (kanan).-Ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat Palmtop Vegeoil Products Sdn. Bhd. kerana menyumbang 15,000 botol minyak masak kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Baginda bertitah, sumbangan itu akan dapat membantu banyak pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“YSIJ secara berterusan membantu golongan memerlukan di seluruh Johor setiap minggu yang diselia Mejar Cina, David Wong dengan menyampaikan barangan keperluan makanan. 

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada syarikat ini yang tampil memberi sumbangan minyak masak kepada YSIJ.

“Sumbangan ini dapat digunakan untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan akibat penularan Covid-19,” titah baginda seperti dimuat naik dalam laman Facebook Royal Press Office (RPO) hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah, Baginda mengalukan-alukan sumbangan pelbagai pihak dalam bentuk barangan keperluan makanan kepada yayasan itu bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Sumbangan itu merupakan minyak masak satu liter sebanyak 2,500 botol setiap bulan selama enam bulan yang akan disumbangkan kepada YSIJ. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN