JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM3.5 juta kepada Yayasan Sultanah Fatimah menjalankan program pembangunan termasuk inisiatif membantu usahawan muda.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, antara program itu termasuk penubuhan Pusat Ekonomi Digital Johor (JDEC) yang akan membantu usahawan muda dalam program berkaitan digital.
Menurut beliau, JDEC merupakan inisiatif yayasan untuk membantu usahawan dan individu dalam menghadapi era ekonomi digital ketika ini.
“Sebagai permulaan, kita sasarkan seramai 2,000 belia akan terlibat dengan program digital JDEC ini.
“Mereka akan diberikan latihan, bimbingan dan bantuan secara berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelancaran JDEC di di sini semalam. – UTUSAN ONLINE