Yayasan Bank Rakyat bantu 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat bantu 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat

WAN Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan penyerahan bantuan Yayasan Bank Rakyat kepada 450 keluarga terjejas akibat banjir kilat di Daerah Hulu Langat, Selangor, di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Bank Rakyat menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM90,000 kepada 450 keluarga terjejas teruk akibat banjir kilat di Daerah Hulu Langat, Selangor awal bulan ini.

Pengerusinya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, peruntukan itu merangkumi bantuan sebanyak RM200 bagi setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan daripada musibah tersebut.

Mangsa tersebut ujar beliau merupakan antara penduduk yang mendiami penempatan di sekitar mukim Dusun Tua, Sungai Serai dan Kampung Dusun Nanding.

“Hasil  maklumat diterima, difahamkan secara keseluruhan lebih 1,460 keluarga memerlukan bantuan keperluan asas dan pelbagai lagi bagi kelangsungan hidup,” jelasnya.

Nazir Hussin berkata demikian ketika menyaksikan penyerahan bantuan yang disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir pada program anjuran yayasan tersebut ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Hulu Langat yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abdul Aziz.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, bantuan ini dilihat sebagai satu aktiviti kemasyarakatan yang seiring dengan keprihatinan pihak kerajaan dalam memfokuskan kesejahteraan rakyat.

“Inisiatif sebegini merupakan medium terbaik bagi yayasan sendiri mendekati masyarakat serta mengeratkan ukhuwah silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat,” kata beliau.

Melalui bantuan yang disalurkan kepada mangsa tersebut diharapkan dapat meringankan beban ditanggung dalam mengharungi saat-saat sukar ketika berdepan isu wabak Covid-19.

Ditambah pula ujarnya dengan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan kepada penduduk Selangor sehingga 4 Disember depan. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya