PASIR GUDANG: Seorang wanita warga emas bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang di Jalan Eco Perniagaan 7, Taman Kota Masai di sini.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Shahrol Suboh berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 10.36 pagi tadi.
Menurutnya, 10 anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian.
“Ketika di lokasi, mangsa yang berusia 60 tahun itu ditemuikan di tepi sungai bahagian bawah sebuah jambatan selepas terjatuh. Mangsa kemudian dibantu anggota bomba untuk naik semula dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, wanita warga emas itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan pada pukul 11.24 pagi. – UTUSAN ONLINE