Warga emas cemas rumah dihempap pokok - Utusan Malaysia

Warga emas cemas rumah dihempap pokok

SEBUAH rumah ranap selepas dihempap pokok di Kampung Cermin Kiri, Jerangau Sungai di Dungun, Terengganu malam tadi. Gambar : NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasang warga emas nyaris maut apabila kediaman mereka dihempap sebatang pokok Merbau di Kampung Cermin Kiri, Jerangau Sungai malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika Wan Ngah Wan Mamat, 67, dan isterinya, Fatimah Saleh, 62, berehat di ruang tamu selepas pulang dari masjid. 

Anak mereka, Wan Ajmain, 34, berkata, ibu bapanya panik selepas terdengar bunyi dentuman kuat dan menyedari bumbung rumah mereka ranap dihempap pokok tersebut. 

“Emak dan ayah bergegas keluar dari rumah walaupun ketika itu hujan lebat kerana mereka bimbang jika ada pokok lain yang tumbang. 

“Mujurlah pokok itu tersangkut pada dinding yang sekali gus menyelamatkan ibu bapa saya daripada sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui semalam.

Wan Ajmain berkata, kejadian tersebut menyebabkan keseluruhan bumbung di bahagian belakang dan empat bilik di rumah yang dihuni mereka lebih 30 tahun lalu musnah. 

“Beberapa perabot termasuk almari pakaian dalam empat bilik, kabinet televisyen dan katil turut rosak ditimpa pokok itu. 

“Buat masa sekarang emak dengan ayah terpaksa tinggal dengan abang saya di kampung berhampiran,” katanya. 

Menurut Wan Ajmain, mereka sekeluarga terpaksa menggunakan khidmat kren untuk mengangkat batang kayu itu dan kerja-kerja pembersihan turut dibantu penduduk kampung. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya