Warga emas 90 tahun maut kemalangan - Utusan Malaysia

Warga emas 90 tahun maut kemalangan

KEMALANGAN yang membabitkan kereta Mercedes Benz dipandu warga emas bertembung lori tiga tan berhampiran sebuah sekolah di Batu 28, Jalan Mersing-Kluang, Johor hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang warga emas berusia 90 tahun maut apabila Mercedes Benz dipandunya bertembung lori muatan tiga tan di Batu 28, Jalan Mersing-Kluang di sini hari ini.

Menurut Komander Operasi PBK II Shamsul Amri Shahab, mangsa, Lai Sin Yin tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS 999 pada pukul 9.56 pagi. Tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sebelas anggota telah dikejarkan ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa yang cedera di dalam lori telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera iaitu pemandu lori, Mohd. Riduan Zakaria, 29, dan kelindannya Johari Ahmad, 59.

“Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang selamat, operasi ditamatkan pada pukul 11.35 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya