Wanita pakai gelang merah jambu ke pasar pagi  - Utusan Malaysia

Wanita pakai gelang merah jambu ke pasar pagi 

PASAR Sri Aman di Relau, Pulau Pinang kecoh dengan kehadiran seorang wanita memakai gelang merah jambu Covid-19 pagi tadi. Sumber MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Suasana di pekarangan pasar Sri Aman, Relau di sini pagi tadi kecoh dengan kehadiran seorang wanita yang memakai gelang merah jambu Covid-19 memasuki ke kawasan itu.

Kelibat wanita memakai baju lengan panjang berwarna hitam itu dipercayai disedari anggota pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang bertugas menjalankan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, pasar berkenaan.

Tindakan pantas anggota terbabit berjaya menghalang wanita yang datang seorang diri itu daripada memasuki ke kawasan perniagaan tersebut.

Difahamkan, wanita tersebut kini dalam tempoh kuarantin oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu membabitkan kes Kluster Bayan.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi mengesahkan laporan berhubung kehadiran wanita terbabit di Pasar Sri Aman di Relau.

“Kita ada menerima laporan berkenaan oleh pegawai KKM  yang dibuat di Balai Polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.36 pagi tadi.

“Pegawai KKM akan mengambil tindakan berhubung  perkara tersebut,” katanya ringkas di sini tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya