Wanita dirogol, diliwat, diugut - Utusan Malaysia

Wanita dirogol, diliwat, diugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bukan sahaja dirogol malah diliwat dan dicederakan suspek lelaki dalam kejadian berlaku di Taman Perling di sini pada 12 November lalu.

Mangsa berusia 30 tahun itu juga diperas ugut sebanyak RM2,000 oleh lelaki berkenaan dan turut melibatkan sama dua lagi suspek wanita.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,
Asisten Komisioner Rupeah Abd. Wahid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian membabitkan seorang suspek lelaki dan dua wanita yang juga rakan mangsa.

“Selepas mangsa dibawa ke sebuah rumah, dia dirogol, diliwat dan dicederakan lelaki itu yang juga kawan kepada dua suspek wanita tersebut.

“Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan. Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya ditahan pada keesokan selepas mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Rupeah, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen di sini esok untuk didakwa mengikut pertuduhan masing-masing.

“Enam pertuduhan akan dikemukan terhadap suspek lelaki dan dua wanita berkenaan membabitkan dakwaan merogol, meliwat, mencederakan, memeras ugut, membuat laporan palsu dan gagal menunjukkan pengenalan diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN